Saturday, January 29, 2011

epy oliday dear frends


ehem2...frst tyme nk tulis kt blog tulip ni..hihihii..suka...

xdk pe pon..just nk wish epy oliday..take care of urself ye smua...

jgn boros2..mntang2 elaun dh msuk kan (pesan utk dri sndri actly)..=))

sowy salah silap smua..pasni jgn windu2 ak tau..hehehe (*-^)

Wednesday, January 26, 2011

Cuti Raya Cina...

Selamat Bercuti Kawan-Kawan....:)


saya nak balik awal boleh x..?please....:(

Sunday, January 23, 2011

up date mdm teh.... 21/1/11

salam...........

kepada kawan2....
1. sila siapakan tutorial ( kertas yang diedarkan)
2. sediakan satu file untuk MTE 3109 ( rasanya file yang nipis, nanti komfen lain k)
3. refleksi..( untuk amali, kalu tak silap...nanti komfen balik)
4. untuk kulian hari isnin, 24.1.11 ...sila baca Chapter 8....

Terima Kasih...

Amali Maths.:- Permainan

salam...........
nie merupakan gambar yang diambik oleh wirdati a.k.a murni hayati sesama sesi amali MTE 3109

nie merupakan copy paste dari blog wirdati ye kekawan....

MEMPERSEMBAHKAN...

Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication.
So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep pendaraban tu.
Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law.

Comutative law:
4 x 5 = 5 x 4.

Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama.

Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan?

Next,

Yang ni paling menarik.
Sebab main kad.
Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental.

Cara main:
Setiap pemain dapat 3 kad.
Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0.
Siapa kombinasi kad dia boleh bagi jawapan 0, dialah pemenang.

Contohnya, 9, 13, 1, 3 boleh buat operasi 9+3+1-13=0.

Saya tak menang pun main ni.
Even kawan-kawan yang lain pun blur sebab mencabar.
Just yang cepat kira je leh menang.

Lagi!

Roda Impian!!
Bukan. Bukan.
Ni roda untuk main Bingo.
Boleh putar taw. Menarik kan. Saya rasa setiap guru math perlu ada roda ni sebab banyak gunanya.
Bukan setakat ajar tambah, tolak, darab dan bahagi. Boleh juga ajar Bahasa.
Kena improvisasi la kan.

Cara main: 
Putar roda 2 kali dan tambah nombor yang kita dapat.
Pastu sama step ngan main Bingo.

Nombor kat dalam ni boleh suruh student isi ikut suka. 
Dari 1-18.
Kotak yang kosong tu isi la nombor apa-apa dari 1-18. Janji penuh.
Lepas putar 2 kali, tambah, then tanda.

Dapat je satu line menegak, melintang atau penjuru bertanda, anda menang.
Sama kan ngan bingo.
Cuma bingo kita pilih sendiri nombor.
Yang ni bergantung nasib pada wheel tu.

Game ni saya menang.
Hihi...

Ni lagi satu game untuk ajar darab.
Baling dadu 2 kali pastu darab nombor yang dapat tu.
Tanda tempat.
Siapa yang dapat tanda tempat sekeliling dia ngan penanda sendiri, dia menang.

Bila buat aktiviti macam ni, student tak perasan pun yang diorang tengah tajamkan skill dalam math sebab aim diorang nak menang je.

Cuba bagi buku latihan suruh buat sejam.
Konfem nangis or tido sebab malas buat.

Bagi aktiviti ni.
2 jam pun diorang nak main lagi.

Last but not least, kawan number arrow dalam post INI

Nama dia Number Expendent.
Ni rupa dia.
Ni untuk rumah sa. Cikgu boleh tulis nombor di kad putih tu.


So, students boleh tahu cara membaca nombor sebab mereka tahu nilai tempat nombor tersebut.

Lepas lipat, jadilah begini.

Kad tadi dah dilipat masuk ke dalam envelope.

END.......

okey...setakat itu sahaja....
g.luck kawan2...
nanti kita masukkn lagi gambar aktiviti kelas yang berkaitan..
dan berguna untuk kita semua...



Wednesday, January 19, 2011

Update MDm TEH ...

salam.....

peringatan kpd sume kwn2, brkut merupakan aktvt mngguan kita :

ISNIN     -      Kuliah,
RABU     -      Tutorial
JUMAAT -     Amali

Sila siapkan kerja tutorial tadi ( 19/01/ 2011 ) mengikut kumpulan masing2.....

Sila siapkan juga kerja amali dan bentangkan pada hari Jumaat ni ( 21/01/2011). Setiap kumpulan sila dapatkan kad manila untuk kerja amali drp Aiman. TERIMA KASIH

Tuesday, January 18, 2011

PERHATIAN:kepada Semua Group pembentangan bagi semua tutorial

salam.....

kepada rakan-rakan, sila take note....

sila print out setiap perbentangan tutorial (2 salinan, satu untuk lect dan satu lagi untuk difotostat oleh AJK fotostat)


Berikut adalah untuk presentation2 tutorial yang yang lepas:


1. MDM TEH ( semua kumpulan) 
      * silibus
      * tutorial 1 (ciri-ciri nombor, number sense, teach number, teach   
         basic facts


2. DR. TAN 
      * kumpulan 1 (asmat)
      *kumpulan 2 (zam, akmal)


3. MDM AMY. tutorial
    *Kumpulan 1 ( hawa, mat yin)
    *kumpulan 2 ( aiman, aini)
- untuk mdm amy, sila htr power point ke email beliau....jadi, just print satu slinan shj untuk difotostat..


4. MR.RK (Olahraga) 
    * kumpulan 1 ( ikmal, akmal)
    *kumpulan 2 ( asmat, ana)


bagi presentation2 seterusnya pun SAMA!!!!


sila bagi satu salihan (hang out) kepada NUR IDAYU @ 'IZZAT selewat-lewatnya hari RABU ( 19.1.11) untuk diproses...
kerjasama sahabat-sahabat amat dihargai.....
(^________^)



Monday, January 17, 2011

JPT PMM PJM 3112

Kawan-kawan. kita dah dpt dah coursework utk PJ..Sila baca ye...t aku print out n suruh ajk fotostat satu kelas..:)










BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


JADUAL PENENTUAN TUGASAN – PROJEK PISMP SEMESTER 1 TAHUN 3


INSTITUT                   :           IPG, KAMPUS  PULAU PINANG.
JABATAN                  :           JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MATA PELAJARAN            :           PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN
TAJUK                     :             PENULISAN ILMIAH DAN PEMBENTANGAN SERTA AKTIVITI AMALI MENGENAI TOPIK-TOPIK YANG TERDAPAT DALAM PJM 3112.

TARIKH MULA
18 JANUARI 2011
TARIKH HANTAR
24 APRIL 2011


OBJEKTIF PROJEK:

Diharap pelajar dapat:

  1. Mengenalpasti dan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber untuk penulisan ilmiah dan pembentangan topik-topik Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
 
  1. Mengintegrasikan pengetahuan yang dipelajari dengan kemahiran TKM,dan cara berkomunikasi secara berkesan.

  1. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dengan berkesan

  1. Dapat melaksanakan tugasan secara koperatif dan kolaboratif.











INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
JADUAL PENENTUAN TUGASAN - KERJA KURSUS PENDEK


JABATAN                              : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MATA PELAJARAN            :  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJ DAN SUKAN
SEMESTER / TAHUN         : 1/ 3
KUMPULAN                                     : PISMP


 SPESIFIKASI TAKSIRAN

TAJUK
TUGASAN
WAJARAN
CATATAN

  1. Lawatan Ilmiah

Melaksanakan lawatan berdasarkan perkara berikut:
-       Kertas Kerja
-       Pengurusan Lawatan
-       Pelaksanaan Lawatan
-       Laporan


20%

  1. Pertandingan Permainan Tradisional
Melaksanakan satu pertandingan berdasarkan perkara berikut
-       Kertas Kerja
-       Pengurusan Pertandingan Permainan
-       Laporan.


30%

      3.  Penulisan refleksi  
Menulis refleksi mengenai pengajaran mikro yang telah dijalankan. Tugasan ini dilakukan secara individu.
20%









INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PERATURAN MEMBERI MARKAH TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK


JABATAN                     :           JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MATA PELAJARAN       :           PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJ DAN SUKAN
SEMESTER / TAHUN    :           1/ 3
KUMPULAN                  :           MTED 1, MTED 2, MTED3

PERKARA
LEMAH
(0-1)
SEDERHANA
(2-3)
BAIK
(4-5)
  1. LAWATAN ILMIAH (20%)
-       Kertas Kerja

Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang kurang jelas dan tidak lengkap mengenai lawatan yang hendak dijalankan
Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang jelas dan relevan tetapi kurang lengkap mengenai lawatan yang hendak dijalankan
Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang jelas, lengkap dan relevan mengenai lawatan yang hendak dijalankan
-       Pengurusan Lawatan

Mesyuarat dan perbincangan yang dijalankan tidak sistematik dan kurang produktif
Mesyuarat dan perbincangan dijalankan agak memuaskan.
Menjalankan mesyuarat dan perbincangan yang sistematik dan produktif
-       Pelaksanaan Lawatan
Pelaksanaan lawatan menghadapi banyak masalah dan kerumitan dan cara penyelesaian masalah kurang memuaskan
Pelaksanaan lawatan ke tempat yang ditujukan berjalan dengan beberapa masalah dan kerumitan. Masalah dan kerumitan dapat ditangani secara memuaskan
Pelaksanaan lawatan ke tempat yang ditujukan berjalan dengan lancar dan segala kerumitan dapat ditangani dengan secara profesional
-       Laporan
Laporan ditulis secara kurang sistematik dan agak memuaskan
Laporan mengenai lawatan ditulis dengan memuaskan
Laporan mengenai lawatan ditulis dengan jelas secara ilmiah

PERKARA
LEMAH
(1-3)
SEDERHANA
(4-6)
BAIK
(7-10)
  1. PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (30%)

-       Kertas Kerja
Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang kurang jelas dan tidak lengkap mengenai pertandingan permainan tradisional yang hendak dijalankan
Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang jelas dan relevan tetapi kurang lengkap mengenai pertandingan permainan tradisional yang hendak dijalankan
Kertas kerja yang mengandungi maklumat yang jelas, lengkap dan relevan mengenai pertandingan permainan tradisional yang hendak dijalankan
-       Pengurusan Pertandingan
Pertandingan berjalan dengan kurang lancar dan kurang memuaskan. Arahan kurang jelas.
Pertandingan diurus dengan baik. Arahan kurang jelas dan pertandingan berjalan dengan memuaskan.
Pertandingan diurus dengan sistematik dan amat memuaskan. Arahan jelas dan pertandingan berjalan dengan lancar
PERKARA
LEMAH
(1-3)
SEDERHANA
(4-6)
BAIK
(7-10)
-       Laporan
Laporan ditulis secara kurang sistematik dan agak memuaskan
Laporan mengenai pertandingan ditulis dengan memuaskan
Laporan mengenai pertandingan ditulis dengan jelas secara ilmiah


LEMAH
(1-3)
SEDERHANA
(4-6)
BAIK
(7-10)
·       
  1. REFLEKSI

·      Menyenaraikan kekuatan yang terdapat dalam  pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan agak tepat
·      Menyenaraikan kelemahan yang terdapat dalam pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan agak tepat.
·      Mencadangkan perubahan yang agak berkesan pada pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
·      Menunjukkan gaya penulisan yang agak baik

·      Menyenaraikan kekuatan yang terdapat pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
dalam dengan tepat
·      Menyenaraikan kelemahan yang terdapat dalam  pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan tepat.
·      Mencadangkan perubahan yang berkesan kepada  pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
·      Menunjukkan gaya penulisan yang baik

·      Menyenaraikan kekuatan yang terdapat dalam pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan  dengan amat tepat
·      Menyenaraikan kelemahan yang terdapat dalam pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan amat tepat.
·      Mencadangkan perubahan yang sangat berkesan kepada pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
·      Menunjukkan gaya penulisan yang amat baik



Disediakan oleh : Amy Wong                                                                              Disahkan oleh : Shamsudin Abdul Rahman

Tarikh :               3/1/2011                                                                                       Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
                                                                                               
                                                                                                            Cop:
                                                                                                           

Tarikh:  4/1/11